Ads 468x60px

Business Plan -dZafran Enterprise

 Rancangan Perniagaan dZafran Enterprise

1.0 Pengenalan

  • Industri makanan sejuk-beku (frozen foods) dan konfeksioneri(confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri seperti bakeri dan pastri (contohnya roti, kek, pizza dan biskut bakar) dan sejuk-beku (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.
  • Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk konfeksioneri (seperti bakeri dan pastri) kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti karipap, sandwic, popia dan samosa), serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada saudara dan rakan terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan syarikat D'Zafran Enterprise serta akan mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Januari 2007.
  • Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan perumahan di Taman Seri Gombak. Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis makanan konfeksioneri dan sejuk-beku untuk jualan.
    Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku dan bakeri untuk café dan kantin kawasan sekitarnya.
  • Secara ringkasnya pemilik telah menyertai kursus asas pembuatan pastri seperti karipap, roti, pizza dan kek di BAGUS Baking Center, Shah Alam dan cawangannya di Taman Melawati, yang menyentuh teknik dan kaedah yang betul dalam industri konfeksioneri(confectionery) meliputi kek, pastri, roti, coklat dan hiasan buahbuahan.Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meyakinkan pemilik untuk menambah peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebih efisyen. Justeru, melalui pembiayaan sebanyak RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU), perniagaan ini dapat diperkembangkan lagi.
  • Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, D'Zafran Enterprise berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.

2.0 Tujuan
  • Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan D'Zafran Enterprise yang menjalankan perusahaan makanan konfeksioneri dan sejuk-beku memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU).
  • Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM80,000.00 (Rgt LAPAN PULUH RIBU) merangkumi sebanyak RM50,000.00 (Rgt LIMA PULUH RIBU) adalah daripada modal awal pemohon manakala baki RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU) yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini.
  • Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut:
  •  
    • Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM500.00 (Rgt LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir terperinci adalah seperti berikut:
     
     3.0 Profail Perniagaan




    5.0 Skop Perniagaan

     Aktiviti Perniagaan
    • Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan sejuk-beku dan        makanan konfeksioneri sebagaijualan utama di premis perniagaan.
    • Menyediakan tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25km meliputi kawasan perumahan, sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, café dan restoran serta kedai stesen minyak.
              a) Pembuatan karipap.
              b) Pembuatan samosa.
              c) Pembuatan pizza (pelbagai perasa).
              d) Pembuatan pastri / biskut dan kek.

    •  Manakala perkhidmatan adalah seperti:
               a) Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi dan tempahan kuih   hari raya.
               b) Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada pelanggan.
               c) Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu. 
    Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan Kedai D'Zafran Enterprise ini menawarkan produk seperti berikut:
              d) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk jenis produk pastri ringan (bagi jamuan mesyuarat, forum kecil, perjumpaan minum petang dan

    Potensi Perniagaan
    • Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan khususnya di sekitar kawasan taman perumahan Taman Seri Gombak.
     6.0 Strategi Pengurusan
    • Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:
             a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan (teamwork) di kalangan para pekerja.
            b) Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan
    pemasaran.
           c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan.
          d) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya


    7.0 Strategi pengeluaran

    Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihaksyarikat adalah seperti:
    a) Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.
    b) Menguruskan majlis keraian / harijadi untuk 50 orang.
    c) Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan syarikat.
    d) Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk minum petang, forum dan sebagainya.
    e) Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.
    f) Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan.

    8.0 Pemasaran

    Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejukbeku
    dan konfeksioneri. Senarai produk disenaraikan seperti
    di bawah:


    9.0 Strategi Pemasaran

    Promosi
    Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh
    a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.
    b) Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.
    D'Zafran Enterprise bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:
    c) Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas dan sebagainya.
    

    d) Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk.
    e) Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.
    f) Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan.

    Lokasi
    Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar Taman Seri Gombak, berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik.

    Harga
    Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘

    Produk
    Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya. Perniagaan juga
    kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.
    price-follower’ atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan
    sebagai).

0 comments:

Post a Comment